oleh Ustadz : Umustaffar Mustaffar
Tanya guru saya :
“ Ustaz, kenapa bila kita naik kereta, arah pergi kita rasa lambat , bila menghala balik rasa cepat,?”
“Wallahualam…. “ jawab saya…
“ sebab, masa pergi pokok pokok di tepi jalan ini tak kenal kita lagi, lalu masing masing sibuk bertanya bermacam macam…”kamu semua nak ke mana? Nak kemana?”….sepanjang jalan pokok itu bertanya tak berhenti henti….”apa tujuan ke sana?… nak ke sana lama ke?…
.kenapa tak duduk berzikir kat rumah je, macam kami ini tak bergerak gerak bila berzikir ?” … …Sebab itu kita rasa lambat…hala balik lain; pokok tak tanya lagi dah, sebab mereka dah kenal….” Guru tergelak terbahak bahak……Terdengar deru ombak memukul pantai….“ cuba dengar baik baik macam mana bunyi ombak itu…dengarkan”
“ada dengar zikir ombak tu?...Allaaah….Huu Allaaah….Huu Allaaah….Huu Allaaah….Huu”
“Allah” bila ombak naik .”Huu” bila ombak kena pantai…dengar baik baik….
“MANUSIA JE YANG TAK NAK BERZIKIR”,kata guru saya.
Kemudian guru pandang sampai ke kaki langit …nun jauh perhatikan langit yang biru….
“Semuanya alam semesta di hadapan kita ini ayat ayat Allah” Fikir Guru… “Itu sebab Tuhan kata kalau nak cerita satu persatu habis kering air laut sebagai dakwatnya untuk menulis tak habis lagi ceritanya."
Ikut Imam Ghazali, sebenarnya ayat ayat dalam AlQuran yang menyuruh beribadah seperti sembahyang puasa dan sebagainya hanya sedikit kalau di bandingkan dengan ayat ayat berkaitan hati, kerohanian dan ketuhanan….
Keesaan Zat Allah yang tidak bersekutu atau berbanding itu melenyapkan segala apa saja, yakni tetap Allah yang tunggal dan segala sesuatu selain Allah bayangan belaka dan bekas buatan Allah
Huwalla-hullazii laa’ ilaha ‘illaa huulal Malikul Qudduusus –Salaamu’ Mu’minul- muhay-minul-‘Aaziizul-Jabbaarul-Mutakabbir: Subhana llahi ‘ammaayushrikuun.(surah 59 -23).
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Raja, yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengeruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Qul manyyarzuqukum minnassamaa i wal ‘arzi ‘ammanyyam likuus sama ‘alwal ‘absaara wa manyyukh rijul hayya minal may yiti wa yukhri jul may yita minal hayyi wa mannyu dabbiru ‘amr?... (surah 10.31)
Katakan lah : Siapa kah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.
Di Zaman para sahabat memeluk Islam dahulu, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman, Saidina Ali, Bilal dan lain lain lagi, ayat Al Quran baru satu dua yang turun , mereka terus beriman. Di zaman kita ini satu Quran yang sudah lengkap, di tambah dengan hadiths dan kitab kitab lain yang begitu banyak sekali namun ,susah nak yakin kan orang. Lihat saja bilal dia hanya dengan ‘ahad’ saja sudah tebal imannya!
Dewasa ini orang mengutamakan intelektualisma lebih dari segalanya, tetapi sebenarnya intelektualisma tanpa dapat mencapai ‘marifah’ tidak bermakna, hanya satu penipuan diri sendiri, hanya satu kekeliruan yang masih belum dapat terurai di dalam pemikirannya. Selagi tak bertemu dengan ilmu ke Ketuanan sebenarnya mereka tak sampai ke pengujungnya.
Kita boleh lihat interlektual beraksi dalam bidan philosophy. Sains dan puisi.
Mana mana philosophy yang tidak dapat kembali kepada Allah hanya tinggal philosophy yang tak bawa keuntungan pun pada manusia sejagat hanya menambah kekeliruan pada manusia yang mengikutnya yang sudah sedia sesat .
Jadi intelektual dalam bidang apa sekali pun, kalau tidak ada hubung kaitkan dengan Ketuhanan ia itu Allah , dia sudah pasti akan di sesatkan oleh iblis.
Juga Jalalludin Rummi…dengan cerita burung burung terbang ke angkasa raya mencari Tuhannya ….berakhir hanya seekor saja yang berjaya berjumpa Tuhannya dan itu lah kemuncaknya…burung dengan tuhannya…
“Bismillah ilaazi la
yadhuru maa’asmihisyaihun fi ardhi wa laa fisyamaai wahuwasysami’ul’alim.”(Kata Hikam:Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab kau persankaanmu adanya sesuatu di samping Allah: Sebab segala sesuatu selain Allah itu pada hakikatnya tidak maujud (tidak ada) sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah pada belas kasih Allah,sedang yang lainnya terserah pada belas kasih Allah, untuk diadakan atau di tiadakan.)
Allahu khaliquukullisyaiiin wahuwa ‘alaakullisyaiin wakiil (surah 39.62)
Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memilihara segala sesuatu.
Pada hal Allah-lah yang mencipta kamu dan apa yang kamu perbuat (surah 37.96)
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah…
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: jika seluruh manusia berpakat untuk melakukan sesuatu untuk membantu kamu, dia hanya boleh melakukan perkara untuk kamu yang mana sudah di tulis oleh Allah. Begitu juga kalau semua manusia berpakat untuk mencederakan kamu mereka hanya boleh melakukan sesuatu mencederakan kan kamu yang mana sudah di tulis oleh Allah akan berlaku kepada kamu.
Wa la ‘in sa ‘altahum man khalaqahum layya quulunnallahahu fa’annaa yu’ fakuun (surah 43.87)
Dan sungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka : Siapakah yang menciptakan mereka niscaya mereka menjawab: Allah, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ( dari menyembah Allah)? ]
Wa la ‘in sa ‘altahum man nazzala minas samaaa I maa ‘an fa ‘ahyaa layaquulunnallah Qullil Hamdulillah Bal ‘asksaruhum laa ya’ qiluun(surah 29.63)
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: Siapa kah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah.Katakan : “segala puji bagi Allah” . tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)
Orang jahiliyah Makkah tahu Allah lah yang mencipta ,pemberi rezeki , Tuhan dan Raja mereka tetapi dengan pengetahuan itu tak boleh mereka di terima sebagai Muslimin oleh Allah kerana kurafat seperti ayat berikut.
Wa maa yu’ minu ‘ak sa ruhum billaahi ‘illaa wa hum mshri kuun(surah 12.106)
Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan sembahan lain).
Pun begitu juga dengan keadaan ahli sains, walaupun mereka menerima ada Tuhan tapi selagi tak menjadi Muslim, mereka tak mencapai taraf intelektualisma seperti di kecapi orang muslim yang benar benar telah ,mendapat hidayah dan bimbingan lansung dari Allah.
Ada juga yang mengaku ada tuhan dan tuhan itu Allah dan mereka mengakui mengikut ugama Nabi Ibrahim tapi tuhan menolak mereka sebagai bukan Muslim . Na'uzubillahiminzalik.....
Maa kaan ‘Ibraahiimu Yahuu diyyanw walaa Nasraa niyyanw wa laakin kaana Haniifam Muslimaa: wa maa kaana minal mushrikiin. (surah 3.67)
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari kesesatan ,dia seorang Muslim dan bukanlah(pula) dia daripada musyrikin.
Wa maa khalaqtul Jinna wal ‘insa ‘illaa liya’ buddun. (surah 51.56)
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku.
‘Allaziina yaz kuruunal laaha qiyamanw waqu ;uu dawn wa ‘alaa junuubihim wa yatafakkaruuna fii kha qis saaawaati wal ‘arz: Rab banaa maa khalaqta haazaa baatilaa Sub haanaka faqinaa ‘azaaban Naar(Al Imran:3- 191)
Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring,dan memikirkan kejadian langit langit dan bumi (sambil berkata): “Hai Tuhan kami! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia sia! Maha suci Engkau! Lantaran itu peliharalah kami (daripada) siksa neraka”
Yang paling pokok nak sampai ke Tuhan ialah tidak mempersekutukan Allah.
Tiada syirik. Bagi kebanyakan orang, syirik( besar) yang nyata, seperti menyembah patung dan sebagainya mudah dia elakkan, tetapi syirik kecil , seperi riya’ dan syirik kafi seperti mengatakan semuanya dari ‘aku’ …kalau ‘aku’ tak tolong dia tu tah kemana, ‘aku’lah yang pandai…aku dan aku…..selagi kita tak hindarkan syirit ini selagi itu kita akan jauh dari Tuhan….
Hidup wali senang sangat. Tiada dia berkendak melainkan kehendak Allah, tiada dirinya melain Allah…. kenapa kita tak jali wali saja?
Bayangkan lah apa beza kita dengan firaun bila kita kata ..aku yang buat itu ..aku yang bagi duit…aku yang menolong dia…aku yang bersusah payah…aku maju kerana usaha aku…Cuma dia tak kata aku lah Tuhan!
Seperti orang nak mati juga , selagi belum sampai masanya nyawa tak akan keluar dari badan
“Nyawa tu tak akan keluar dari badan selagi ‘time’ dia belum sampai…dia akan berlegar di dalam badan ,itu sebab dapat MIMPI NGERI tu “ Guru saya ketawa.....
Wallahu'alam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar